PROFIL


 
Tugu Peringatan Pengasas Sekolah



 Taman Sains





             Blok bangunan lama

                   


               Blok bangunan baru










VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI PUSAT SUMBER SEKOALH
Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat penyebaran ilmu dan sumber maklumat.

MATLAMAT PUSAT SUMBER

  • Menjadikan PSS sebagai nadi kepada kecemerlangan sekolah.
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta menyediakan perisian pendidikan kepada pelajar dan guru-guru.
  • Membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu dan suka membaca.  

                                         
SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SIN YA

BILIK BBM
 

 Walaupun sekolah ini ditubuhkan pada 1930-an, tetapi PSS hanya wujud pada tahun 1983 dimana pelaksanaan KBSR (3M) bermula di sekolah-sekolah di seluruh negara ini.

Pada masa itu, bilik bahan bantu mengajar (BBM) adalah sebuah bilik darjah yang diubahsuai . Pada masa itu penyelaras PSS ialah Pn. Ooi Gaik Suan.

Memandangkan ruang bilik itu agak sempit dan sesak dibandingkan bilangan BBM yang semakin bertambah, bilik PSS dipindah kesebuah bilik darjah yang lebih luas ruangannya iaitu di bilik hujung bangunan lama.

Pada tahun 1983, penyelaras PSS ialah Pn. Yew Poh Tin. Pn. Tan Gaik Lee pula mengambil alih jawatan ini pada tahun yang berikut. Oleh sebab pencerobohan dan kecurian sering berlaku, keselamatan BBM di bilik tersebut tidak terjamin, maka pihak sekolah mengambil keputusan memindahkan bilik tersebut ke bangunan baru pada tahun 1995.Penyelaras pada masa itu ialah Pn.Wong Lei Poh. Beliau ditawar masuk ke universiti untuk melanjutkan pelajarannya pada tahun 1997. Pn. Khor Ai Ping mengganti peranannya . Pada tahun yang sama, Pn Khor Ai Ping mendapat pertukarannya. Pn. Kee Lee Hiang dilantik menjadi penyelaras PSS.

Bahan-bahan dan koleksi di bilik BBM turut bertambah dari tahun demi tahun. Pada bulan Mei 1999, bilik BBM di pindah sekali lagi. Kali ini dipindah ke bilik asalnya iaitu bilik hujung bangunan lama. Bilik ini ditambah kemudahannya dan keselamatannya turut diperkukuhkan.

Pada tahun 2003,Pn. Ong Guik Joo dilantik menjadi penyelaras PSS hingga sekarang.

BILIK PERPUSTAKAAN DAN BILIK AUDIO VISUAL SEKOLAH SIN YA
Koleksi buku untuk kegunaan pelajar-pelajar memang telah diadakan di sudut-sudut tertentu dalam bilik darjah pada 1970an.Sehinggalah adanya peruntukan khas dari  kementerian pendidikan, bilik khas untuk perpustakaan baru wujud di sekolah ini.Walaupun begitu, perpustakaan sekolah ini masih berada di tahap perkembangan yang kurang giat. Pada masa itu, segala aktiviti tidak dikendalikan secara yang berkesan.

Dalam hal ini, penggunaan perpustakaan amat terbatas sekali. Banyak lagi bahan-bahan rujukan terletak di merata-rata tempat di dalam bangunan sekolah tanpa suatu system perkhidmatan yang berkesan.

Guru perpustakaan En. Ooi Jin Quan pada masa itu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian yang wajar dengan mengatur beberapa rancangan tertentu dari masa sehingga mendapatkan suatu situasi yangt tersusun dan sistematik.

Perpustakaan sekolah dibawah pengelolaan beliau sehingga beliau bersara pada tahun 1993.Seterusnya perpustakaan dikendalikan oleh Pn. Yau Chin Luan, beliau telah meminta pihak sekolah menyediakan situasi yang sesuai dan selesa bagi pelajar-pelajar. Pada tahun 1994 di bawah persetujuan dari pihak sekolah, perpustakaan sekolah dipindah dari tingkat ke-3 ke tingkat bawah. Ini telah menyenangkan pelajar-pelajar terhadap penggunaan perpustakaan sekolah.

Demi mewujudkan suatu keadaan yang selesa dan berkesan, pada tahun 1998, pihak sekolah telah sudi memasangkan alat hawa dingin di perpustakaan. Pada masa itu, perpustakaan telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan iaitu 4 buah komputer, televisyen kain langsir, dan rak-rak buku yang mencukupi. Buku-buku juga telah diperbanyakkan sehingga sehingga 10,000 buah.

Pada tahun 1999, Pn Yau Chin Luan melanjutkan pelajaran ke universiti. Pn. Ong Guik joo mengambil alih jawatan guru perpustakaan.

Pada tahun 2000. bilik perpustakaan dipindahkan ke tingkat 3 bangunan baru bersebelahan dengan bilik multi-media.Separuh dari bilik ini dijadikan bilik audio visual. 

Perpustakaan sekolah mula menggunakan automasi ' Dyna Library System' pada tahun 2003. Di bawah system ini, peminjaman dan pemulangan buku dijalankan dengan menggunakan komputer. Kini, dengan sumbangan pengurus sekolah En. Gan Joo Choon dan peruntukan perpustakaan, bilangan buku telah meningkat sehingga 40,000 buku.

Oleh kerana rak buku yang terlalu banyak, bilik audio visual  terpaksa berpindah . Kini. bilik Audio Visual
berkongsi bilik dengan bilik pemulihan. Bilik audio visual dilengkapi dengan televisyen, astro, VCR player, LCD, VCD, CD rom interaktif dan pita audio.