Tuesday 31 July 2012

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dijalankan mengikut tarikh , masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 10 Julai 2012 tepat 8.00 pagi.Sebanyak 973 murid mengambil bahagian. Yang dipertua PIBG, guru besar,penolong kanan dan  semua guru bersenam bersama murid.Senamrobik ini dijalankan selama 35 minit berdasarkan DVD yang dibekalkan oleh KPM. Semua yang terlibat berasa seronok bersenam beramai-ramai.
                                                       

Sukan Tahunan SJK C Sin Ya


                                               Sukan Tahunan SJKC Sin Ya
                                                                         30-6-2012
Sukan Tahunan SJKC Sin Ya diadakan pada 30-6-2012. Dengan kerjasama guru-guru, staf sokongan dan sokongan oleh Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG,Sukan Tahunan dijalankan dengan lancar dan berjaya.
Acara sukan bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 11.30pagi.Sukan tahunan kali ini dirasmikan oleh Pengurus sekolah iaiotu Encik Teoh Hun Lim.Sukanneka antara ahli PIBG, waris dan guru mendapat sambutan yang baik dan telah memeriahkan suasana sukan tahunan.



pingat-pingat dan piala pusingan
persembahan pancaragam sekolah
Ucapan guru besar
menandakan sukan tahunan bermula
Peserta-peserta mengeliling padang
Lima pasukan berada di padang

Acara Sukan

Penyampaian Hadiah